Budak Oversea!

Budak oversea, bila selalu bergaul dengan orang lain yang kulit putih sikit, dari Ireland, US, Canada, Portugal, Spain, Greece, Jerman dan sebagainya, dianggap bagus, pandai bergaul, berkeyakinan tinggi, integrasi dan macam-macam lagi.

Tapi budak oversea yang selalu bergaul degan orang lain yang kulit putih dan hitam, dari Turki, Palestin, Pakistan, Syria, Iraq, Saudi, Mesir dan sebagainya, dianggap jumud, tak pandai bergaul, kurang keyakinan diri, tidak integrasi dan macam-macam lagi.

Continue reading

Posted in SYABAB | 41 Komen

Bila Lagi Akhi?

Suatu hari, Rasulullah saw bertemu dengan ‘Ukaf bin Wada’ah Al-Hilali. Baginda bertanyakan perihal ‘Ukaf yang belum bernikah.

Baginda bersabda, “Apakah engkau telah beristeri wahai ‘Ukaf?”

“Belum,” jawab ‘Ukaf

“Tidakkah engkau punyai hamba perempuan?” tanya baginda.

“Tidak,” jawab ‘Ukaf.

“Bukankah engkau sihat lagi berkemampuan?” tanya baginda lagi.

“Ya, alhamdulillah,” jawab ‘Ukaf.

Continue reading

Posted in BM | 6 Komen

Taktik Penjajah Mengekalkan Legasi

'The sun never set in the British Empire'

Tahun ini genap 54 tahun negara kita mencapai ‘kemerdekaan’. Mengapa ada tanda ‘ dan ‘ dalam perkataan kemerdekaan saya? Kerana sebenarnya negara ini belum benar-benar merdeka kerana British telah meninggalkan legasi yang besar untuk memastikan penjajahan mereka berterusan sehingga hari ini.

Negara-negara kolonialis yang kita ketahui hari ini seperti British, Perancis, Jerman, Sovier Union, Italy, Belanda dan banyak lagi telah tidak lagi menduduki negara-negara yang pernah mereka jajah dahulu. Namun demikian, hakikatnya mereka masih ‘berkuasa’ ke atas bekas-bekas jajahan mereka sehingga hari ini. Sebagai contoh, British di Malaysia.

Bagaimana British mengekalkan penguasaan mereka di Tanah Melayu/Malaysia?

Continue reading

Posted in UMMAH | Tinggalkan komen

Eid Mubarak!

كل عام وأنتم بخير

Posted in refleksi diri | Tinggalkan komen

Super Murabbi!

Kenapa Hasan al-Banna tidak mengarang kitab sedangkan beliau mempunyai kepakaran dari segi ilmu dan kesusasteraan yang jarang dimiliki oleh orang lain?

Persoalan ini telah dijawab oleh beliau sendiri:

“Biarkan aku tidak menyibukkan diri menulis buku-buku. Setinggi manapun idea dan buah fikiran yang terkandung di dalam sesebuah buku, semuanya terkurung di dalam kulit buku tersebut dan terhampar di atas lembaran-lembarannya sehinggalah buku itu terserempak dengan pembaca yang benar-benar mempunyai kemampuan untuk memahaminya dan mengambil manfaat daripadanya. Dan jarang sekali buku-buku itu akan menemui pembaca jenis ini. Di samping kebanyakan mereka yang mempunyai kemampuan untuk memahami fikrah yang terkandung di dalam buku itu tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membaca dan menelitinya. Dan kebanyakan mereka yang memperoleh buku-buku itu mereka memperolehinya untuk menghiasi rak-rak di rumah mereka dan perpustakaan-perpustakaan yang padat dengan pelbagai jenis ilmu yang ditulis berjilid-jilid. Sungguhpun begitu umat Islam yang lemah tidak mendapat sebarang faedah daripadanya. Mereka tidak mempunyai cita-cita yang tinggi, malas, tidak bersemangat dan lebih mementingkan hidup senang dan mewah. Akibatnya mereka di lingkungi musuh dari segenap penjuru. 

Justeru, waktu yang aku perlu habiskan untuk menulis buku, aku gunakan untuk membentuk seratus pemuda Islam. Setiap orang daripada mereka menjadi sebuah buku yang hidup, bercakap, beramal dan meninggalkan kesan. Aku hantarkan setiap orang daripada mereka ke sebuah Negara daripada Negara-negara Islam, lalu mereka membentuk para pemuda di situ sebagaimana aku membentuk mereka.” 
Posted in TOKOH | 1 Komen

Tadabbur I.C.U.

Bayangkan, Allah menarik nikmat paru-paru daripada kita. Bayangkan bagaimana kita menghirup oksigen dan menghembus karbon dioksida. Bayangkan kita terpaksa guna ventilator untuk bernafas setiap masa. Bayangkan kita perlu menyambung tiub-tiub besar ke dalam mulut untuk bernafas. Bayangkan kita perlu membawa ventilator ke mana saja kita pergi. Bayangkan ventilator yang kita guna tidak berfungsi tiba-tiba. Bayangkan…

Beza saiz ventilator dan paru-paru

Continue reading

Posted in refleksi diri | 3 Komen

Tarbiyyah!

“Segalanya bermula dengan tarbiyyah.”

Sheikh Mustafa Masyur

Posted in TARBIYAH | Tinggalkan komen

Jaulah Psychiatry


Psychiatrické léčebny Havlíčkův Brod

Hari ini, kami sekelas melawat sebuah psychiatry hospital di sebuah bandar kecil bernama Havlíčkův Brod. Terletak kira-kira 90km dari Hradec Králové. Lawatan ini untuk melengkapkan silibus subjek Psychiatry kami.

Sesampainya di main entrance hospital, masha-Allah. Besar. Luas. Untuk pesakit mental sahaja. Tak macam Psychiatry Department di Hradec Králové yang hanya sebuah bangunan 2 tingkat. Bezanya, suasana. Hospital ini agak sunyi, sayu. Suasana menyeramkan. Agak depressive. Kalau di Hradec Králové, wad psychiatry ceria, berwarna-warni.

Di sana, kami berkesempatan melawat 4 bahagian hospital saja. Nak lawat keseluruhan hospital, terlalu luas. 4 bahagian, walau tak banyak, tapi cukup untuk menimbulkan keinsafan dan muhasabah diri.

Bahagian 1: Pesakit Kronik Biasa

Penuh dengan wanita-wanita tua berusia hampir seabad. Masuk saja kami ke common room mereka, semua mata tak berkelip memandang kami dengan mulut ternganga. Mungkin kerana terkesima atau hairan dikunjungi manusia-manusia berkulit gelap dan bermata sepet. Kebanyakan mereka menghidap dementia dan delirium. Ada yang tersenyum gembira sambil mengucap ‘dobry den’. Seronok dikunjungi orang barangkali. Sedikit sebanyak mengubat hati-hati tua yang kesunyian.

Bahagian 2: Pesakit Gerontologi Wanita

Bahagian ini lebih kurang sama dengan bahagian pertama cumanya ia lebih spesifik untuk warga tua wanita. Sama dengan bahagian pertama, penuh dengan ibu-ibu tua. Purata umur mereka adalah 80 tahun. Bahagian ini lebih kepada nursing center atau kalau di Malaysia, kita panggil rumah orang-orang tua. Mereka di sini lebih banyak ‘dijaga’ daripada dirawati. Kebanyakannya dihantar oleh anak-anak atau suami dek kesibukan bekerja. Tak kurang juga yang tertekan, tak mampu lagi menjaga ibu-ibu yang sudah hilang kewarasan ini. Di sini mereka hidup sesama mereka, beraktiviti, bersembang, berkongsi dalam sebuah bangunan. Di bahagian bawah ada tempat untuk mereka menjahit, mengait baju, membuat bantal, karpet dan produk-produk kraf. Kami berpeluang menemubual seorang pesakit, berumur 87 tahun, penghidap Alzheimer. Mulutnya petah, ingatan zaman mudanya masih segar, tutur bahasa Latinnya yang dipelajari semasa muda masih fasih. Mak Cik ini mengalami amnesia, tak mampu mengingati memori baru. Doktor dan anaknya sendiri dia tidak kenal. Dia dihantar ke hospital sebab suami dan anaknya dah tak mampu menjaganya setelah 2-3 bulan dalam jagaan rumah. Mulutnya tak lekang dengan senyuman walaupun dah tak mampu mengingat hari dan tarikh.

Bahagian 3: Internal Medicine

Tempat merawat pesakit-pesakit somatik yang juga menghidapi penyakit mental. Antara terapi yang dijalankan di sini adalah electro-cognitive therapy. Terapi yang menggunakan renjatan elektrik di kepala untuk merawat penyakit mental. Di sini, kami melawat seorang pesakit muda yang dikurung dalam ‘cage’ sebab cuba membakar diri. Dia menghidap halusinasi. Dia merasa dirinya mengandung dan ada orang cuba curi anaknya. Ketika kami melawat, dia mengadu kepada kami, minta dikeluarkan dari ‘cage’. Pesakit kedua pula sentiasa merasa rumahnya penuh dengan debu-debu asbestos.

Bahagian 4: Mental Retardation

Di sini, kami berjumpa pesakit-pesakit yang mengalami mental retardation (dalam bahasa kita disebut terencat). Ada yang menghidap sejak kecil, ada juga yang baru. Pesakit-pesakit yang seronok dan gembira. Wajah mereka tak makan tua. Bersih dan suci. Allah menggugurkan segala tanggungjawab fardhi dari bahu mereka tanda betapa istimewanya insan-insan ini. Antara mereka ada yang tinggal di tempat seperti ini sejak kecil. Ada yang dibuang oleh ibu bapa sendiri yang tak sanggup membesarkan anak yang terencat. Juga mungkin malu berhadapan dengan masyarakat kerana punyai anak cacat. Semoga dijauhkan dari sifat seperti ini.

Dalam perjalanan, kami lalu di sebuah bangunan yang menempatkan banduan yang mempunyai masalah mental. Antaranya ada pesalah seksual yang tak mampu mengawal syahwat. Di sini, mereka dirawat sehingga pulih kemudian barulah boleh keluar kepada masyarakat semula. Bagi yang tak dapat dipulihkan, penectomy terpaksa dijalankan. Agak kejam. Zalim mekanismenya. Diwarisi dari zaman komunis atau zaman pertengahan barangkali.

Penuh Dengan Ibrah

Lawatan yang ringkas, tapi penuh dengan pengajaran. Terpulang pada mata hati yang memandang. Ada yang memandang pesakit-pesakit ini dengan pandangan lucu, terhibur melihat gelagat mereka. Ada yang melihat dengan pandangan tegar seorang pelajar perubatan. Mencari-cari fakta dan ilmu tentang “penyakit” tanpa memandang kepada “pesakit”. Tak kurang juga yang memandang dengan pandangan simpati dan kasihan lantas mencetus secebis rasa keinsafan.

Hospital ini penuh dengan ibrah bagi yang mahu merenung. Para pesakit yang dilawati itu adalah cerminan kepada diri kita. Satu hari, jika dipanjangkan usia, kita juga akan tua. Siapa tahu apa akan berlaku kepada diri kita. Siapa tahu apa akan berlaku kepada akal dan otak kita. Nikmat kewarasan yang Allah kurniakan tak ternilai harganya. Ditambah pula dengan nikmat-nikmat lain yang tak terhitung jumlahnya. Semua itu adalah pinjaman Allah, kepunyaan-Nya. Dia berhak memberi, berhak juga mengambil kembali. Dengan itu, bersyukurlah sebanyaknya.

Dan sekiranya kamu hitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat kamu menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. (an-Nahl:18)

Dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui apa-apa pun. Dan (kemudian) diberinya kamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur – berterima kasih. (an-Nahl:78)

Jika kamu bersyukur maka Aku akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu ingkar maka sesungguhnya azab Aku amat pedih. (Ibrahim:7)

Sayangilah ibu-ibu kita seadanya mereka. Sayangilah mereka walau sesusah mana. Sayangilah bapa-bapa kita. Kita sememangnya takkan pernah ingat bagaimana mereka menjaga kita sewaktu dalam kandungan dan semasa kecil kerana pada masa itu kita tidak sedar apa yang telah dilakukan oleh ibu bapa kita. Kita masih di alam rahim. Kita masih kecil. Belum berakal. Belum mampu menyimpan memori. Tatkala itulah ibu bapa mengerah seluruh tenaga dan emosi mereka untuk membesarkan seorang anak. Berbelas tahun kita dibesarkan oleh mereka, dijaga rapi, diberi segala keperluan dan kehendak. Jangan pula nanti, berbelas jam pun kita sudah mengeluh menjaga ibu bapa kita ketika mereka sudah tua. Sayangilah mereka. Berbaktilah kepada mereka. Merekalah pintu syurga kita.

Posted in refleksi diri | 1 Komen

Kuat!

Tazkirah.

Buat diriku, isteriku dan semua.

Posted in refleksi diri | 2 Komen

Cerita Simen

Batu-bata dan simen, dua bahan penting untuk membina bangunan. Tanpa simen, batu-bata tak mampu berdiri kukuh.

Begitulah bangunan jamaatul muslimin. Ibaratnya kita ini batu-bata yang tersusun, membentuk bangunan yang tersergam indah. Kita dicantumkan antara satu sama lain dengan simen ukhuwwah. Tanpa ukhuwwah, runtuhlah jamaatul muslimin.

Continue reading

Posted in JALAN DA'WAH | Tinggalkan komen