Jalan Juang

2008 Ogos 9
by azizulsalehudin

Hidup sebuah perjuangan. Selalu diulang frasa ini dalam lagu, kitab dan puisi. Ramai orang tahu hidup ini perjuangan. Ramai juga yang tahu tapi buat-buat tak tahu. Ramai juga yang tak tahu langsung. Hakikatnya, semua orang berjuang. Berjuang untuk duit, ideologi, parti, kuasa, berjuang melawan kesakitan, nafsu, kezaliman, berjuang turunkan harga minyak, tambang bas, inflasi. Macam-macam.

Ada orang berjuang bagai nak rak, anjur program, buat demo, bersorak sampai pecah peti suara tapi dia sendiri tak tahu matlamat perjuangan, ke mana nak dibawa perjuangan. Ada orang faham, hadam sungguh matlamat perjuangan, tahu hala tuju tapi tak buat apa-apa dalam perjuangan. Ada orang pula tak tahu apa yang perlu diperjuangkan dan untuk apa dia berjuang. Macam-macam.

Atas dasar perjuangan, ingin memahami matlamat dan halatuju perjuangan, ingin menggerakkan jasad dan pemikiran untuk berjuang, lahirlah blog yang tak seberapa ini. Jalan juang, satu wadah perjuangan. Insyaallah, blog ini akan mengetengahkan isu-isu penyatuan umat, al-quds dan dunia islam. Harapannya agar usaha yang kecil ini dapat menyentuh sedikit hati-hati pembaca, moga-moga bersama kita menggapai redha Nya. Insyaallah.

Azizul Salehudin, Hradec Kralove.

Tiada komen lagi

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS