Bila Kuasa Mengatasi Jasa

2009 Mei 14
by azizulsalehudin

 

 

Bila kuasa mengatasi jasa,

Teori baru mula bergema,

Nak berjasa kena ada kuasa,

Kalau tak, jasa tak maksima.

 

Bila kuasa mengatasi jasa,

Jasa datang bila ada kuasa,

Sebelum undi, selepas pilihanraya,

Lepas-lepas tu, dah takdak masa.

 

Bila kuasa mengatasi jasa,

Orang kecil macam tak nampak,

Orang besar kipas bagai nak rak,

Mestilah, jambatan menuju ke puncak.

 

Bila kuasa mengatasi jasa,

Perjuangan bangsa dilupa,

Perjuangan agama taktau kemana,

Kuasa jadi idola,

Jasa jadi maya.

 

Bila kuasa mengatasi jasa,

Matlamat perjuangan dah tercicir,

Alat perjuangan jadi kucar-kacir,

Jadilah kita sama macam tapir.

 

Bila kuasa mengatasi jasa,

Perangai jadi macam budak-budak,

Bergaduh, berkelahi, terajang, sepak,

Lupa budaya, lupa pesan mak bapak,

Maklumlah, nak dapat Perak.

 

Wahai orang-orang politik haprak,

Negeri ini perlukan penggerak,

Bukan tapir-tapir berperangai bebudak,

Fikir balik jasa kat mana kita campak,

Baru fikir kuasa kat mana nak letak,

Ni tak,

Masing-masing jadi peghak,

Nak duduk kerusi MB Perak.

 

Pikior le yop oi,

Mane matlamat, mane alat,

Udah tertukor ni, TUMPOR..

 

Azizul Salehudin

Stefanikova 318,

Hradec Kralove.

3 Respons leave one →
  1. 2009 Mei 14
    almuhandisi permalink

    keluhan rasa orang perak!!!
    haha..

    subhanallah akhi. Sarat maksudnya. InshaALLAH tunggulah para dhuat yang akan kembali memegang tampuk pemerintahan dunia.

  2. 2009 Mei 15
    abu hanzhalah permalink

    kome memang smart!! :D

  3. 2009 Mei 17
    zayyan permalink

    MasyaALLAH yop..
    pandai juge mike bermadah pujangga ye..
    tapi teman kat sini dapat merasai sama yop..
    ye la kan..lagi2 mike ni oghang perak sendiri..

    iALLAH yop, alat dan matlamat perlu jelas.. =)
    teruskan menulis…

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS