Sekolah Mendidik Jiwa

2009 Mei 14
by azizulsalehudin

Dahulunya, ketika zaman Tun Dr. Mahathir, Kementerian Pelajaran pada hari ini dinamakan Kementerian Pendidikan. Selepas peralihan kuasa, Tun Abdullah mengambil alih tampuk pemerintahan lantas mengubah nama kementerian tersebut. Sibuklah para pekerja di kementerian dan jabatan pendidikan mengubah nama di pintu-pintu gerbang pejabat mereka. Kaya lah pula tokey-tokey tukang buat huruf-huruf pada pintu gerbang. Tak lupa juga yang ambil tender projek. Ada lah masuk sikit-sikit.

Apa pun, penukaran nama itu tidaklah begitu signifikan jika dilihat sekali imbas. Hanya sekadar rutin ‘rebranding’ biasa. Tapi, jika pandangan menembus pemikiran, perubahan itu sebenarnya ada maknanya.  

Saya kongsikan trailer sebuah filem negara jiran, berkisarkan tentang sekolah yang mendidik jiwa. Sekolah yang layak diberi nama institusi pendidikan. Kalau ada masa, tontonlah filem ini.

Apalah bezanya pendidikan dan pelajaran? Kedua-duanya membawa maksud yang hampir sama jika dinilai dari segi penggunaan kata. Namun, disebalik dua kata yang hampir sama itu, wujud dua kesan yang sangat jauh bezanya. Dua manifestasi besar yang bakal menentukan tinggi rendah, besar kecil dan syurga neraka.

Guru tugasnya mendidik atau mengajar? Ibu bapa tugasnya mendidik atau mengajar? Siapa yang sepatutnya mendidik, siapa pula yang sepatutnya mengajar?

Dalam sistem pengajaran di sekolah, guru perlu mengajar apa yang ditetapkan dalam silibus dan kurikulum. Mahu atau tidak, silibus perlu dihabiskan dalam tempoh yang ditetapkan. Pelajar diajar untuk lulus exam, dapat kelas yang terbaik, dapat ke universiti terbaik – betapa materialistiknya sistem pelajaran.

Ibu bapa pula, dalam ’sistem pendidikan’nya, memberikan anak-anak apa yang diperlu, bukannya apa yang dimahu. ‘Sistem pendidikan’ di rumah mendidik ‘anak-anak’ didik menjadi manusia. Malanglah jika sistem pendidikan di rumah tidak menjana anak-anak menjadi manusia lantas membentuk mereka menjadi klon-klon materialis.

Sistem Tarbiyah

Sistem tarbiyah, seperti namanya – sistem pendidikan, cuma dibahasa arabkan saja. Tidak seperti sistem pelajaran yang memenuhkan neuron otak dengan neurotransmitter baru, menajamkan akal-akal manusia tetapi sistem tarbiyah bermatlamat menyentuh hari-hati, mendidik jiwa-jiwa agar jelas perjalanan hidup di sini dan di sana. Sistem tarbiyah yang bermediumkan usrah bukanlah bermaksud melahirkan insan-insan yang mampu memberikan ceramah umum, mengeluarkan hukum-hakam dan berhujah dengan air liur. Ia bukan jua untuk memenuhkan 1-2 jam seminggu dengan ‘majlis ilmu’ untuk mengingati Tuhan setelah seminggu bergelumang dengan lagho.

Ia adalah lebih besar daripada itu semua. Ia adalah tarbiyah hati, jiwa, jasad, akhlaq, ukhuwwah, akal dan masa depan. Ia membentuk individu-individu Muslim dengan yang sifat dan tanggungjawabnya. Ia membuka jalan yang luas untuk menuju negeri akhirat yang abadi. Ia adalah wasilah untuk mencipta masa depan yang agung dan suci.

Usrah bukanlah hanya sesi penyampaian murabbi kepada anak-anak usrahnya, dimula dengan al-fatihah dan berakhir dengan tasbih kafarah. Ia adalah proses yang panjang, membentuk individu Muslim. Usrah juga bukanlah sesi cakap-cakap yang boring setiap minggu, sampai anak-anak usrah mengantuk dan rebel. Ia adalah dinamik, tidak formal dan sangat berhikmah. Ia meliputi aktiviti pengisian rohani, jasadi dan aqli.

realiti usrah 

Tanggungjawab Murabbi

Murabbi atau naqib – orang yang bertanggungjawab membina, membentuk, mentarbiyah anak-anak mutarabbi yang ada dalam usrahnya. Sebagaimana si ibu dan ayah mentarbiyah anak-anaknya agar menjadi manusia, murabbi bertanggungjawab menyentuh hati-hati mutarabbinya, membacakan ayat-ayatNya, mengajarkan kitab dan hikmah, menyucikan jiwa-jiwa dan meluaskan ilmu mereka. Murabbi memberikan mutarabbinya apa yang mereka perlu, bukannya apa yang dia tahu. Bukanlah tanggungjawab murabbi itu menghabiskan silibus usrah setiap minggu tapi melahirkan klon-klon rijal yang akan bersama-sama membawa risalah Islam ini dan membentuk masa depan.

Sistem Pelajaran Hari Ini?

Adakah sistem pelajaran hari ini memenuhi idea pendidikan? Adakah sekolah-sekolah kita hari ini menyucikan jiwa-jiwa anak muridnya? Adakah pula sekolah kita hari ini menghampiri tanggungjawab mendidik atau menjauhinya?

Alhamdulillah, sekolah-sekolah kita hari ini mampu melahirkan doktor, jurutera, guru, Perdana Menteri Rakyat, malah angkasawan tetapi adakah ia mengisi hati-hati ini dengan kebesaran Allah. Adakah kita ingin menjadi manusia yang besar akal tapi kecil hatinya, atau bijak kepala otaknya tapi haprak islamnya? Tidak hairanlah mengapa Pak Lah menukar nama Kementerian Pendidikan kepada Kementerian Pelajaran.

 

Kita mampu mengubahnya! Mulakan dengan diri sendiri. Sudahkah anda ditarbiyah?

usratiapresiasi kepada koloku – tiada dalam gambar; Aizat, Fakhrul

 

Azizul Salehudin

Stefanikova 318

Hradec Kralove

 

 

 

 

3 Respons leave one →
  1. 2009 Mei 15
    anas permalink

    MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I’TIQAD ASWJ [Siri 2]

    MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I’TIQAD ASWJ [Siri 2] [23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H]

    Anjuran :
    PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),
    &
    Kolej Dar Hikmah,
    Jalan Sungai Ramal Dalam,
    43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

    OBJEKTIF :

    * Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
    * Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
    * Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
    * Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.

    TEMA :
    Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.

    TARIKH :
    23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H

    TEMPAT :
    Kolej Dar Hikmah,
    Jalan Sungai Ramal Dalam,
    43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

    TENAGA PENGAJAR :

    1. Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
    2. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
    3. Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    SASARAN :
    Seramai 150 orang yang terdiri dari:
    * Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
    * Orang Awam
    * Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang

    YURAN MURAH :
    RM 15 [INDIVIDU]

    MODUS OPERANDI :
    Program diadakan selama 2 hari 1 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas. Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta, Kitab Mukhtasor dan Kitab Aqidah Ibnu ‘Asakir (Aqidah Mursyidah).

    (Talaqqi kitab/Pembentangan/)

    TENTATIF PROGRAM

    Sabtu (23/05/2009)

    7:30 pagi : Sarapan dan Pendaftaran

    8:30 pagi : Taklimat & Aluan oleh ;

    Saudara Abd. Muntaqqim Bin Zulkifli

    Timbalan Presiden PKPIM

    9: 15 pagi : Slot 1 : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim

    Syarah Kitab Aqidah Muslimin (Diiktiraf Universiti Al-Azhar).

    10:45 pagi : Minum pagi

    11:00 pagi : Slot 2 : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim

    Penjelasan Ajaran Bertentangan Dengan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

    12:30 tghari : Makan Tengahari & solat Zohor

    2:00 petang : Slot 3 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    Kitab Mukhtasor (1).

    4:00 petang : Slot 4 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    Kitab Mukhtasor (2).

    6:00 petang : Makan Malam

    7:00 malam : Solat Maghrib & Kuliah/Tazkirah & solat Isya’

    9:00 malam : Slot 5 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    Penjelasan Bid’ah & Ancaman Terhadap Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

    9:45 malam: Slot 6 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    Talaqqi & Ijazah Kitab Aqidah Ibnu ‘Asakir (Aqidah Mursyidah).

    10:00 malam : Minum malam & Berehat

    Ahad (24/05/2009)

    4:00 pagi : Qiamullail

    6:00 pagi : Solat Subuh /Tazkirah /Sarapan pagi

    8:30 pagi : Slot 7 : Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari

    Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah

    10:30 pagi : Minum pagi

    11:00 pagi : Slot 8 : Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari

    Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah

    12:00 tghari : Ulasan & Penutup oleh;

    Saudara Mohd Hilmi B. Ramli

    Presiden PKPIM

    1:00 tghari : Makan Tengahari

    2:00 petang : (Check-out)

    Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi ;

    Saudara Ikhram Husin [019-3731744]
    Saudari Izzah Khanani [013-2197192]

    …MOHON SEBARAN…
    ‘DEMI ALLAH UNTUK ISLAM’

    ” ALLAH ADA TANPA BERTEMPAT

    http://pondokhabib.wordpress.com

  2. 2009 Mei 16
    cahayaenam permalink

    salam
    dah tengok dah lame dah
    ‘laskar pelangi’
    besh giler
    petikan kate2 pengetuanya, pak Asfan kalo x silap, “hiduplah dengan memberi dengan sebanyak-banyaknye, bukan menerima sebanyak-banyaknye”

  3. 2009 Mei 18
    zayyan permalink

    betul2…setuju, pengajaran vs pendidikan..
    pengajaran tanpa pendidikan akan lahirlah tamadun2 hebat tanpa roh, hidup tanpa bertujuan walaupon hebat dari segala aspek..

    pendidikan tanpa pengajaran pula akan menghasilkan insan2 yang akan syok sendiri dengan apa yg diamalkan..beramal tanpa ilmu pon bahaya jugak..

    jom sama2 bina kedua2 unsur itu seiring dan sejalan..agar terbentuknya tamadun dgn hala tuju yang jelas dan menjurus..
    jgn alat dikejar, tecicir matlamat…

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS