Apresiasi Buat Dikau

2009 Mei 17
by azizulsalehudin

barisan pendidik SBP Integrasi Gopeng 2003cikgu-cikgu SBP Integrasi Gopeng Perak

 

 

“Anugerah Cikgu Vokal Terbaik jatuh kepada, Ustaz Salman!”. Woo…  disambung dengan tepukan gemuruh seluruh cakerawala(unsur hyperbola).

 

Petikan pendek Malam Hari Guru SBP Integrasi Gopeng, Perak 5 tahun lepas. Macam biasa, cikgu-cikgu dilayan girang pada hari mereka ini. Hari yang meraikan kegigihan, kesungguhan, pengorbanan, jasa, bakti para pendidik. Hari yang semua guru perlu hafal kembali lagu ‘Kami Guru Malaysia’ yang dinyanyi setahun sekali.

 

Bila hari guru, ramai lah para murid sibuk nak wish selamat hari guru, bagi bunga, hadiah, kad segala. Tak lupa juga yang mengisi status YM, shout out facebook, friendster, blog dengan ucapan-ucapan selamat hari guru. Alhamdulillah, budaya hormat guru dalam masyarakat kita masih pekat. Semoga berkekalan.

 

Saya juga tak mahu ketinggalan untuk meng’wish’ ucapan hari guru buat para pendidik yang telah ‘membentuk’ saya pada hari ini. Para insan yang telah menempah tempat dalam hati ini untuk diingati pada hari indah ini.

 

Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua cikgu yang pernah mendidik saya di Sekolah Kebangsaan Sri Kinta Ipoh, SMK Anderson Ipoh, SBP Integrasi Gopeng Perak dan Kolej MARA Banting. Dengan ini saya menjemput kumpulan Mirwana untuk mendendangkan lagu ‘Terima Kasih Guru’. Lagu ini saya tujukan khas buat semua guru di seluruh alam ini. Semoga menjadi murabbi sejati buat ummah ini.

2 Respons leave one →
  1. 2009 Jun 2
    Pn Wan permalink

    Alhamdulillah..Thanx sbb masih kenang jasa cekgu2…walaupun dah melangkah jauh meninggalkan kami yang masih setia mendidik anak bangsa di tanahair tercinta.

  2. 2009 Jun 16

    4 dr kiri..ustazah rosnah hanim.. 8 dari kiri.. ust mohd norzalan hasan..

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS