Budak Oversea!

Budak oversea, bila selalu bergaul dengan orang lain yang kulit putih sikit, dari Ireland, US, Canada, Portugal, Spain, Greece, Jerman dan sebagainya, dianggap bagus, pandai bergaul, berkeyakinan tinggi, integrasi dan macam-macam lagi.

Tapi budak oversea yang selalu bergaul degan orang lain yang kulit putih dan hitam, dari Turki, Palestin, Pakistan, Syria, Iraq, Saudi, Mesir dan sebagainya, dianggap jumud, tak pandai bergaul, kurang keyakinan diri, tidak integrasi dan macam-macam lagi.

Budak oversea, bila tiap-tiap weekend pergi parti, disco dan pub, dianggap pandai berkawan dengan orang local.

Tapi, budak oversea yang tiap-tiap weekend pergi program dakwah, halaqah, iktikaf, dianggap eksklusif. Asyik dengan geng-geng dia je..

Budak oversea, bila  selalu kawan dengan mat-minah saleh, sampai dah tak reti cakap Melayu, rambut warna brown, mata warna biru, baju sendat-sendat, dianggap moden dan bijak menyesuaikan diri dengan suasana setempat.

Tapi, budak oversea bila selalu kawan dengan pak-pak arab, sampai boleh cakap arab sikit-sikit, simpan janggut, mula pakai jubah, dianggap kuno dan tertutup. Nak jadi arab ke..

Budak oversea kalau organize program suka-suki, tari-menari, nyanyi-nyanyi, happy-happy, campur-campur lelaki perempuan, dianggap pandai mempromosikan budaya kita.

Tapi, budak oversea kalau organize program-program Islam, iftar, qiyamullail dianggap tak hargai budaya Malaysia, nak tiru arab ke..

Budak oversea, aktif dengan kerja dakwah tapi tak lulus exam, orang akan cakap, “Korang jangan la buat sangat dakwah-dakwah ni, nanti jadi macam dia tu, tak lepas exam.”

Tapi, budak oversea yang memang tak study langsung, asyik enjoy je, lepas tu tak lulus exam, orang akan cakap, “Kesian dia tu, takde rezeki.”

Budak oversea, yang suka party kat rumah kawan-kawan non-muslim, dianggap nak cuba berdakwah dengan orang non-muslim.

Tapi, budak oversea yang suka duduk kat masjid, dianggap tak pandai berdakwah. Asyik duduk dengan set-set masjid je. Nanti siapa nak dakwah kat orang non-muslim?!

Budak oversea, yang mempromosikan slogan, “Enjoy your life” atau “It’s Europe, feel it!” atau “Dah balik Malaysia tak rasa dah. Jom r..” dianggap bijak menggunakan peluang duduk di tempat orang.

Tapi, budak oversea, yang slogan hidupnya, “Allahu ghayatuna, Ar-rasul qudwatuna, Al-Quranu dusturuna, Al-jihadu sabiiluna, Al-mautu fi sabilillahu asma amanina” dianggap nak jadi ekstemis!

Nak jadi budak oversea macam mana kita ni?

Anda nak jadi budak oversea macam ni?

Atau macam ni?

This entry was posted in SYABAB. Bookmark the permalink.

41 Responses to Budak Oversea!

  1. akhuna says:

    terbaek baba la akhuna ijoi.! :)

  2. N2kU says:

    well written
    :)

  3. bom2 says:

    xbetul sepenuhnye…..sbb xsume org anggap mcm tu….tp mungkin….

    • rocky says:

      betul…setuju..tak betul sepenuhnye…

    • kun says:

      setuju. x semua betul. part qiam tu ramai yg puji, part bergaul dgn pak2 arab pun ramai org msia puji, yg pergi party x dipuji langsung (lagi dikutuk ada la), yg x lepas exam pulak ditegur sbb x nak usaha bila ketinggalan dan cuma serahkan nasib diri pada Allah (adakah ini yg diajar dalam Islam).

      ini apa yg saya lihat di tmpt saya belajar. saya sendiri ahli usrah di sebuah university luar negara. cuma pandangan saya dari apa yg saya lihat, mungkin x sama dgn yg di tmpt anda =)

  4. nurul says:

    best..kita yg jadi kan diri kita dimana tempat yg perlu kita berada…

  5. ijoy terbaek!!

    moga terus diberi kelebihan oleh Allah untuk keluarkan mutiara-mutiara kata yang menarik..

  6. bom2 says:

    xbetul sepenuhnye…..sbb xsume org anggap mcm tu….tp mungkin….

  7. Mantap! moga terus menulis!

  8. Norashikin says:

    supaya budak oversea pandai membuat penilaian sendiri dan hiraukan kata2 tak menyenangkan. Mesti pandai berhujah dan menepis kata2 yg tak enak

  9. sapa yg anggap ‘golongan yg sikit’ tu jumd, dia la jumud :D
    mekasih utk pringatn

  10. Guru says:

    An excellent observation! Perlu diberi perhatian oleh anak-anak kita yang keluar menimba ilmu di perantauan. Apa yang penting ialah kita mendapat ilmu yang diredhai Allah.

  11. amalina akmal says:

    terima kasih ingatkan huhu

  12. payidnazmi says:

    nice post ijoy! semoga allah luaskan rezki dan rahmat kpd kamu..

  13. mohamad raimi says:

    benar sungguh perbandingan tersebut. Sgt bagus di baca oleh mereka2x pd dua belah pihak, fahami tempat dirinya berdiri, cetuskan utk berfikir. . .moga2x y terbaik diambil.

  14. Siti Khadijah Amir says:

    kata kata org yang loser dan jeles dgn kehidupan org lain yg lebih baik dari dia! enjoy lah hidup ni sementara muda, nanti menyesal :)

  15. joe says:

    bergantung juga. siapa yang over-c siapa yang membuat anggapan.

    ….dan siapa yang menulis =P

  16. Ash Mael says:

    rasanya kebanyakan pelajar2 malaysia oversea ada akal (sama ada mahu menggunakan atau tidak…terpulang kpd individu tersebut). tapi perlu diketahui, akal diberikan utk digunakan. Kalau nk bwat sesuatu seeloknya b’fikir dulu…kdg2 nk berfikir ni bukan sekali saja. 2 tiga kali…kdg2 smpi kne tanya pendapat org yg lbeh berpengalaman dlu..amik masa jgk berfikir ni kan? lepas bwat pertimbangan, laksanakan plan.

    then, jgn lupa feedback….ambil kesah feedback yg rational walaupun ia demotivating. ignore feedback yg irrelevant contohnya:
    “Budak oversea, aktif dengan kerja dakwah tapi tak lulus exam, orang akan cakap, “Korang jangan la buat sangat dakwah-dakwah ni, nanti jadi macam dia tu, tak lepas exam.”

    firstly, kalo benar2 faham islam, islam menyeru supaya kita seimbang. senang cerita, kalo nk peruntukan masa study 7 jam, then peruntukan untuk masa ibadah 7 jam jugak, tido 5/6 jam, 3/4 jam utk urus diri( bli groceries/pegi gym/mandi/masak,etc) …..cukupkan 24 jam? buat la apa2 pon related tu study dlm masa 7 jam tu( includes pi lectures, study group, personal time learning, tutorials). pi la masjid 5 kali+ aktif borak2 bertukar idea/cerita kat rmh member+qiam, tp stil dlm time frame 7 jam. this may be an oversimplification, but i hope the idea is there.

    the possibility utk fail exam (even for medic students) sgt2 la kecil kalo:
    1) kita lead a healthy n balance lifestyle
    2) do what’s right on time with full concentration(so x payah ulang byk2 kali buat benda yg sama just to be competent in it)
    3) doa bila dlm kesukaran
    4) syukur bile sng
    5) skype/contact family n old friends
    n thats it i guess….x de la best sgt pon life as a student rite? but it’s just for 3 to 5 yrs je pon.

    ini hanya pendapat dan experience sahaja…harap membantu.

  17. fakhrul says:

    terlalu negatif thinking!

  18. ABI says:

    good article~
    wlopown stil lacking somewhere. keep it up :)

  19. Maimuna Amin says:

    Saya rasa tak patut stereotype orang macam ni! SANGAT NEGATIVE! Saya student oversea. saya bukan budak Usrah mahupun budak yang pergi clubbing setiap minggu. Saya bergaul dengan semua pelajar dari semua negara. Russia, Brazil, Ukraine, Afrika, Arab, Iran, Azerbaijan, Mongolia, Israel, China, India dan macam2 lagi… dan tak pernah saya rasa kalau saya bergaul dengan yang berkulit putih saya lebih berkeyakinan diri, atau kalau saya bergaul dengan yang berkulit hitam, saya kurang keyakinan. Untuk bergaul dengan orang yang bukan dari negara kita, saya kira memang perlukan keyakinan diri yang tinggi sebabnya bukan senang nak bergaul dengan orang yang tak cakap sama bahasa dengan kita…

    Dari perhatian saya, student yang study oversea lebih ramai bertukar dari tidak berhijab ke berhijab. Kerananya, jika tidak berhijab, macam mana nak tau kita ni Islam? Unlike kat Malaysia. Kalau nak focus kat budak oversea je memang tak adil. Tak nampak ke kat Malaysia lebih ramai ber rambut perang dan bermata biru? walaupun tak bergaul dengan mat salleh.

    Saya takde isu dengan budak2 Usrah, sebab sy rasa what they do is something to be admired and I don’t see them failing their exams. And also I don’t see those who goes clubbing every weekend to be mischievous and bad. Masing2 ada personaliti dan minat tersendiri. kalau nak cakap budak2 oversea je suka pergi clubbing. tolong lah. Kat malaysia kat club tu lagi penuh orang2 melayu kat dalam club tu. Dalam Malaysia tu!!

    saya sangat disagree dgn statement ni
    Budak oversea, aktif dengan kerja dakwah tapi tak lulus exam, orang akan cakap, “Korang jangan la buat sangat dakwah-dakwah ni, nanti jadi macam dia tu, tak lepas exam.”

    Tapi, budak oversea yang memang tak study langsung, asyik enjoy je, lepas tu tak lulus exam, orang akan cakap, “Kesian dia tu, takde rezeki.”

    Mana ada orang cakap macam tu. Kalau tak study tu memang lah fail exam! Semua orang boleh nampak tu.. Do you really think we’re that stupid?!

    If you want people to change. Change yourselves first. Change your mindset.

    InsyaAllah, Allah akan berikan hidayah kepada kita semua.

    • Athir says:

      Counter example.
      Counter example.
      One of the 1st thing said to me on my 1st year studying oc.
      “Ada seorang akak tu, pandai sangat, tapi disebabkan dia join benda² islamik, result dia down.”

      On the other hand, senior² lain yg repeat sebab banyak buang masa tak digembar gemburkan.

  20. rahim says:

    5thn dok uk…
    bdk oversea yg belajar ke barat us.uk aussie etc kalau perempuan asal msia tak pakai tudung balik sekurang2nya pakai tudung ada yg labuh malah ada juga berpurdah..yg lelaki pun ada perubahan simpan janggut kambing dan jadi alim kucing..tinggi juga peratusnya begini..mereka2 ni bergaul dgn kelompok sendiri terutama org melayu..suka sgt dan rasa bertuah kalau dapat join sekali gang arab dan pakistan…kononnya dok negara kafir budaya kuning jgn ikut..
    sebaliknya bdk oversea yg balik dari jordan dan kebanyakkan negara arab masa pergi berpurdah dan bertudung labuh balik pakai tudung biasa malah ada yg lepas beberapa lama balik msia terus lupakan tudung…sebab mereka tenguk awek arab islam pun susah dah nak tenguk berpurdah hanya yg tua2 sahaja..yg muda2 bermekap dan bertudung biasa malah tak pakai tudung pun ramai..tapi sembahyang gak…jadi begitulah lebih kurang..
    tapi org msia di kampung2 risau kalau hantar anak ke barat takut jadi macam2 sebaliknya mereka harus risau kalau hantar ke negara2 arab…

  21. peribadirasulullah says:

    Saya pilih yang solat berjemaah walau dimana kita berada, Salam Ukhuwah Islamiah dari saya. Jemput singgah sebentar di blog saya http://peribadirasulullah.wordpress.com/

  22. Aqyn says:

    Bukankah lebih menguntungkan jika kita berhubung dengan kedua-dua kumpulan. Yg baik dijadikan pedoman, yang kurang menyeronokkan kita jadikan teladan!! Kalau boleh, menyatukan semuanya di dalam sebutan ‘Ummah’. Setiap manusia itu ada kelebihan masing-masing, bukan semuanya buruk dan bukan semuanya baik. Di mana bumi di pijak, di situ langit kita junjung…Belajar dan terus belajar…

  23. Athir says:

    One of the 1st thing said to me on my 1st year here. “Ada seorang akak tu, pandai sangat, tapi disebabkan dia join benda² islamik, result dia down.”

    On the other hand, senior² lain yg repeat tak digembar gemburkan, sedeyyy…

  24. ramai gak yang salah faham dgn artikel nih…

    hadoiii… bila membaca dan ingin mengkomen bukan untuk memperbaiki, yang hadir adalah ego masing2…
    para pengkomen, bace lar dgn hati, baru nampak msg asal..
    fahamkan msg asal, tu baru penting…

    ^^

  25. aku says:

    klu yg jenis aktif berdakwah,tp mase lecture dok main sms n grup project xsiap sbb berdakwaH?

  26. Perlukah kita stereotype orang? Apa masalahnya bergaul dengan orang kulit putih, kulit hitam, kulit coklat, kulit kuning yang Allah S.W.T. ciptakan sama? Perlukah bersikap prejudis terhadap masyarakat dari negara lain? Allah sebut dalam Quran terokailah ke seluruh pelusuk dunia agar ktia mendapat manfaat dan pelajaran dari orang lain. Pandai2 kita lah nak ambil yang jernih ke, yang keruh.

  27. rex says:

    Salam.

    Mate, pada siapa anda halakan mesej ni? Siapa dia yang fikir budak overseas yang masuk usrah semua negatif, budak-budak yang pergi clubbing semua positif ni? Negara mana anda belajar ni, if I might ask? I always assume that most of the people I met who are/were studying in UK, Australia, NZ, US mostly have positive/neutral comments on budak-budak usrah, and negative/neutral comments on budak-budak yang pergi clubbing, social ni. We live and let live. Semua dah besar, semua boleh pilih cara hidup sendiri.

    In fact, among my colleague of friends ( yeah, kami-kami ni, budak-budak yang main DOTA, Starcraft,LOL setiap malam, yang seminggu sekali pergi usrah ( kadang-kadang liat), but see no problem attending apa-apa program kelab-kelab , hiburan ke apa, beli tiket konsert Coldplay, Jon Mayer etc) , ada antara kami ni see budak-budak yang betul-betul aktif dalam usrah dan budak-budak social as just another sort of people- we don’t judge them. None of us are better than the others ( budak Usrah baik la sikit kot, lol). Tapi “dalam game, ko budak usrah ke, ko budak social ke, kalau ko noob ko noob jugak.”

    Anda seolah-olah nak menunjukkan yang kalian budak-budak usrah ini ialah golongan yang tertindas – the misunderstood generation. What image is tried to be shown here? That kegiatan usrah is kontroversial sangat sampai orang nak mengumpat-ngumpat pasal korang? In this blog, you cynically created a bad image about these budak2 overseas yang social dengan gambar konsert dan caption ” anda nak jadi budak overseas macam ni?” , and you expect people to say good things about you, when you failed to set your own example? All of us have our own stereotypes, we can’t expect to satisfy all people, tapi kenapa nak compare budak2 social dengan budak2 usrah? Sepanjang pengajian saya, sorang budak social kutuk2 budak2 usrah, akan ada satu akhi yang cerita pasal kehidupan sosial kawan dia , kononnya nak buat ‘ibrah- mengumpat yang dibenarkan, katanya. Apa tu?

    Kami-kami ini pergi jugak usrah. Dengar jugak ISK, mainly sebab abang-abang tu dah bagi makan free. Kami-kami ini pergi jugak program anjuran Malaysian Club, uni clubs ke apa. Ada masa kami ikut jaulah, ada masa kami lelaki perempuan keluar jenjalan sekali, tengok wayang. (Most of the time main game though.).Ada masa kami bukak puasa sesama dengan korang2 budak2 usrah, ada masa kami hangout kat uni residences. Saya faham yang tuan punya blog nak cuba tunjukkan betapa pentingnya perjuangan usrah ni, tapi tak boleh ke buat macam tu tanpa jatuhkan pihak yang lain?

    Ini bukan isu salah faham dengan artikel, ini isu ( tanpa sedar) melagakan-lagakan pihak tanpa sebab. Mesej asal memanglah bagus, ikhwah dengan akhwat memang patut cuba tsabat dalam perjuangan , kena tamayyuz, bangga dengan pendirian . Apa guna modul Sayonara Jahiliah tu kan. Tapi kena faham jugalah kan, kita ada jugak kawan-kawan social, jahat sangatke dorang tu? Benci ke dorang kat kegiatan Islamik kita tu? Are ikhwah and akhawat really misunderstood among us overseas students ke? My personal experience says no.

    Maaflah kalau nampak macam kasar. Ada kawan bagi link. Ok sambung main Skyrim.

  28. azizulsalehudin says:

    Assalamualaikum wbt. semua.

    Saya kalau boleh memang tak suka nak menjawab apa-apa respon terhadap tulisan dalam blog saya sebab kadang-kadang akan bawa kepada perdebatan yang tak berkesudahan tanpa amal.

    Apa pun, kalau anda setuju dengan apa yang saya tulis, saya berterima kasih. Kalau anda tak bersetuju, tuliskan tentang apa yang anda tak setuju di sini supaya semua orang pun dapat sama-sama baca dan pertimbangkan. Saya amat memandang tinggi terhadap tahap intelektualiti pembaca melainkan kalau ada komen-komen yang mencarut – dari situ, kita akan dapat tahu betapa rendah tahap intelek orang yang komen. Jika tiada kata-kata kesat, saya akan approve semua komen.

    Kalau ada yang tersinggung dengan tulisan saya ini, saya minta. Tujuan saya tak lain untuk membetulkan pandangan masyarakat tentang ISLAM dan program-program ISLAM. Kalau yang terasa tu, saya harap, lepas ni mereka akan membetulkan pandangan mereka. Kalau yang tak terasa, alhamdulillah. Kalau yang rasa saya memecah belahkan masyarakat, saya gembira dapat label tu sebab dulu Nabi s.a.w. pun dapat label yang sama.

    Wallaahua’lam.

  29. saye says:

    assalamualaikum,
    saya ni baru sangat join usrah ni..sebab kene tarik dengan senior y mmg awesome..haha.. saye ni mmg kuat giler men game, tgok movie + drama + anime, bace komik katun, kalau bab2 social pon “not bad” gak la, kuar “jaulah” laki pompuan cam perkare biase jer.. bile saya bace komen kat atas pasal “sayonara jahiliah”, saya tertaye2.. pe tuh?? saya x pernah pon didedahkan..

    tapi naqib saya ade pesan kat saya satu jer” kite join usrah bkn sebab terpaksa, bkn sbb senior blanja makan, dan bukan semate2 nak jadi baik.. kalau nk jadi bek xyah la join usrah, bace je lah artikel2 islamik kat tenet tu, tgok2 utube, bace je lah quran seniri.. kita join usrah ni sbb nak syurga Allah kat akhirat nnt, nak AJAK kawan2 kite duduk bawah pohon kat syurda nnt..tapi boleh ke masuk syurga kalau kite pon sibuk men game, tgok drama movie, bace komik, social sane sini?? syurga itu utk orang beriman, iman itu ibarat cahaya, datang dengan perkara2 amal solih y kite lakukan..selen amal soleh, ia ibarat kegelapan..syurga mane nk bg masuk kegelapan ….and bla bla bla” lebeh kurang camtu lah…

    walaupun susah nk tinggalkan men game sume tuh, saye tengah berusaha lah utk membizikan diri dgn rakaman kuliah2 agama, bace sirah2 nabi dan para sahabat sume..tp kengkadang termen la gak…hihihi

    saya rase ramai lagi kot y masih ade ag sifat2 jahiliyah dalam diri kite, insyaAllah kite same2 berusaha utk menjauhkan diri dari yer.. semoga kite sume dapat berjumpe di bawah pohon syurga nnt..

    wallahualam

    • azizulsalehudin says:

      semoga kita semua dapat buang sifat/tabiat jahiliyyah yang masih berbaki dalam diri. semoga Allah bantu kita untuk berubah. semoga kita dapat jadi orang-orang yang baik dan membaiki orang lain. semoga Allah merahmati kita dan mengurniakan syurga.

  30. jad05078 says:

    “Budak oversea, yang suka party kat rumah kawan-kawan non-muslim, dianggap nak cuba berdakwah dengan orang non-muslim.

    Tapi, budak oversea yang suka duduk kat masjid, dianggap tak pandai berdakwah. Asyik duduk dengan set-set masjid je. Nanti siapa nak dakwah kat orang non-muslim?!”

    hoho..
    ayat ni memang pedas..

  31. solahuddeen says:

    nak tmbh sket…

    “budak oversea yg ikut usrah, join program2 dakwah, pergi masjid, amalkan islam giler2 pnye… pastu score dengan warna yang berterbangan dalam exam…………. orang tak kata apa2… xrelate pn dgn amalan dia…” huhu…

  32. Assalamualaikum,

    Saya hormat pendapat penulis dalam isu ini. Semua orang ada pendapat masing-masing, walaupun berbeza dengan kita, tapi kita kena hormati pendapat dia.

    Bukan semua orang beranggapan yang A adalah A dan B adalah B. Kita boleh bergaul dengan orang-orang Eropah. Kita juga boleh bergaul dengan orang-orang dari Timur. Dua-dua ada baiknya. Kita kena bijak dalam hal ini. Tak boleh selalu ‘hang-out’ dengan mat saleh, sama seperti tak boleh asyik keluar bersama dengan orang Timur. Dua-dua boleh kita jadikan kawan. Kadang kala ada baik berkawan dengan mat saleh, dan tak baik kawan dengan orang Timur. Kadang kala ada baik kawan dengan orang Timur, dan tak baik kawan dengan mat saleh.

    Semuanya berbalik kepada niat kita, nak ambil perkara yang berguna untuk di bawa semula ke negara kita? Ataupun menghabiskan masa, tenaga dan duit rakyat di negara luar, sedangkan duit tu lebih baik digunakan untuk bantu orang2 yang lebih memerlukan di Malaysia. Saya berkawan dengan dua-dua golongan, dan memang menarik kalau pandai bawa. Kalau di Perancis ni, saya banyak bergaul dengan orang Eropah sebab nak ‘cedok’ etika bekerja mereka, teknologi, bahasa dan pemikiran. Saya juga bergaul dengan orang Timur, sebab nak tengok budaya yang berbeza.

    Dan fikiran yang kata tak baik kawan dengan orang barat ni salah, dan pemikiran yang kita hanya perlu bergaul dengan orang2 dalam Usrah sahaja pun salah. Bergaul hanya dengan orang Malaysia juga pun kadang-kala salah. Kita tak boleh berkembang, dan hanya duduk dalam zon selesa. Kadang kala kita perlu mencabar diri, cuba tingkatkan ‘self-confidence’ dengan bergaul dengan orang dari bangsa lain.

    Senang kata, bukan selalu A sama dengan A untuk isu kawan dengan bangsa asing. A mungkin boleh jadi B. Semuanya ikut niat dan cara kita, kalau betul betullah. Kalau salah salahlah. Tepuk dada, tanya diri.

    p/s:: Selamat Tahun Baru

  33. AizatFarid says:

    Baca dengan hati yang terbuka please.
    Memang betul kita xboleh nak setuju dengan semua perkara sebab kepala pon lain2.
    Kalau semua benda setuju je, xde la kerajaan dan pembangkang. xde la berbagai NGOs dan gerakan-gerakan Islam. Penulis cuba mencapaikan dari his point of view dan pengalamannya. Mungkin pengalaman orang lain berbeza sebab situasi, lokasi, persekitaran yang berbeza. Keep it up mate.

    Yang baik kita ambil, yang salah kita tegur dengan cara yang baik. (tak kata kat atas ni semua tegur cara xbaik).

    Lebih baik orang yang berbuat sesuatu berbanding orang yang hanya mengkritik.

    Wallahualam

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s