Sekolah Mendidik Jiwa

2009 Mei 14
oleh azizulsalehudin

Dahulunya, ketika zaman Tun Dr. Mahathir, Kementerian Pelajaran pada hari ini dinamakan Kementerian Pendidikan. Selepas peralihan kuasa, Tun Abdullah mengambil alih tampuk pemerintahan lantas mengubah nama kementerian tersebut. Sibuklah para pekerja di kementerian dan jabatan pendidikan mengubah nama di pintu-pintu gerbang pejabat mereka. Kaya lah pula tokey-tokey tukang buat huruf-huruf pada pintu gerbang. Tak lupa juga yang ambil tender projek. Ada lah masuk sikit-sikit.

Apa pun, penukaran nama itu tidaklah begitu signifikan jika dilihat sekali imbas. Hanya sekadar rutin ‘rebranding’ biasa. Tapi, jika pandangan menembus pemikiran, perubahan itu sebenarnya ada maknanya.  

Saya kongsikan trailer sebuah filem negara jiran, berkisarkan tentang sekolah yang mendidik jiwa. Sekolah yang layak diberi nama institusi pendidikan. Kalau ada masa, tontonlah filem ini.

read more…

Bila Kuasa Mengatasi Jasa

2009 Mei 14
oleh azizulsalehudin

 

 

Bila kuasa mengatasi jasa,

Teori baru mula bergema,

Nak berjasa kena ada kuasa,

Kalau tak, jasa tak maksima.

 

Bila kuasa mengatasi jasa,

Jasa datang bila ada kuasa,

Sebelum undi, selepas pilihanraya,

Lepas-lepas tu, dah takdak masa.

 

Bila kuasa mengatasi jasa,

Orang kecil macam tak nampak,

Orang besar kipas bagai nak rak,

Mestilah, jambatan menuju ke puncak.

 

Bila kuasa mengatasi jasa,

Perjuangan bangsa dilupa,

Perjuangan agama taktau kemana,

Kuasa jadi idola,

Jasa jadi maya.

 

Bila kuasa mengatasi jasa,

Matlamat perjuangan dah tercicir,

Alat perjuangan jadi kucar-kacir,

Jadilah kita sama macam tapir.

 

Bila kuasa mengatasi jasa,

Perangai jadi macam budak-budak,

Bergaduh, berkelahi, terajang, sepak,

Lupa budaya, lupa pesan mak bapak,

Maklumlah, nak dapat Perak.

 

Wahai orang-orang politik haprak,

Negeri ini perlukan penggerak,

Bukan tapir-tapir berperangai bebudak,

Fikir balik jasa kat mana kita campak,

Baru fikir kuasa kat mana nak letak,

Ni tak,

Masing-masing jadi peghak,

Nak duduk kerusi MB Perak.

 

Pikior le yop oi,

Mane matlamat, mane alat,

Udah tertukor ni, TUMPOR..

 

Azizul Salehudin

Stefanikova 318,

Hradec Kralove.

Berakhirnya Agenda Zionis

2009 April 30
oleh azizulsalehudin

Pendaftaran online di sini

Dari Aman Palestin

2009 Mac 24
oleh azizulsalehudin

 

 

Kita sekali lagi menerima tetamu khas dari Gaza, kali ini beliau adalah isteri kepada As Syahid Abd Aziz Rantisi.

 

Forum yang dijangka akan memberikan input yang baik dan berguna kepada kita semua tidak sepatutnya dilepaskan begitu sahaja. Untuk menerima tetamu ini khasnya dari Gaza bukan satu yang mudah apatah lagi kepada mereka yang terkenal dengan penentangan mereka terhadap Israel. Semangat juang dan istiqamah mereka merupakan intipati kepada kejayaan perjuangan menentang penjajah Israel. Datanglah beramai-ramai untuk mendengar sendiri dari mereka yang benar-benar berjuang untuk agamanya di bumi Palestin. 

Kedatangan anda dinanti oleh mereka yang datang jauh untuk melihat saudara-saudara mereka di luar sana adakah ia benar-benar menyokong dan bersimpati dengan perjuangan mereka. Tunjukkan sokongan dan simpati anda.

AMAN PALESTIN BERHAD

Kita Memimpin Malaysia

2009 Mac 23
oleh azizulsalehudin

Online Talk

8.00 p.m. CST

8.00 a.m. GMT+1

Ustaz Fauzi Asmuni

 

Bedah Buku: SYAHADATUL HAQ

2009 Mac 14
oleh azizulsalehudin


Program Bedah Buku: SYAHADATUL HAQ oleh Abul A’la al-Maududi
Pengisian Program:
-Bedah Buku-
-Games of Ukhuwwah-
-I’tiqaf-
-Buku SYAHADATUL HAQ akan disediakan-
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Yaqzan
Rajeev
Mohd Noor
Najmi
Anam
*sila confirmkan kehadiran anda supaya kami dapat sediakan jumlah buku dan makanan*
*jumpa di Cerny Most Mosque*
“Semoga ia menjadi salah satu usaha kita untuk memahami ad-deen ini, agar dapat berhujah di hadapan Allah kelak.”

Wanita Beriman dan Pentas

2009 Mac 4
oleh azizulsalehudin

“Apa salahnya kalau kita orang buat persembahan. Bukannya ada menari ke, bukak-bukak aurat ke. Kitorg berlakon dengan menyanyi aje. Lagipun suara bukannya aurat.”

“Ada dalil ke yang kata perempuan tak boleh buat persembahan atas pentas?”


Soalan ‘common’ yang sering dibangkitkan tatkala musim Malam Malaysia, Theatre di Kolej-kolej, Persembahan Hari Guru di SBP-SBP dan sebagainya. Soalan ‘common’ yang sepatutnya dapat dijawab secara ‘common sense’ oleh si tukang tanya itu sendiri, tapi hampa.

Tak mengapalah. Mungkin ‘common sense’ hari ini dah tak ‘common’. Mari kita layan soalan itu dalam konteks agama kerana hujah yang dibalas si tukang tanya berkisar tentang hukum dan dalil.

 


Suara Wanita

Benar, suara wanita dalam keadaan biasa bukanlah aurat sebagaimana yang dipersetujui oleh Mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali dan Syafie. <Rujukan>


Bila Bukan Aurat Berubah Menjadi Aurat

Apabila dipersetujui suara wanita itu bukan aurat, bukanlah bermaksud ianya tidak terlepas dari kawalan syariat. Syariat diturunkan Allah sebagai pengawal dan bukan penghalang. Dia Maha Mencipta lantaran Dialah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk ciptaan NYA.


Firman Allah:

Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandngan dan tatacaranya)”

[Al-Ahzab : 32]

Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan diperdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; )

Imam As-Suddi berkata : larang ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki. Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat ( Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, 14/177)

Subjek yang dibincangkan adalah suara wanita manakala watak-watak yang diceritakan dalam tafsiran di atas adalah kaum wanita dan orang yang berpenyakit di hatinya. Lantas dalam konteks persembahan di khalayak, nyata audience yang datang adalah pelbagai dan sudah pasti tidak semuanya tidak berpenyakit hati. Apatah lagi majlis yang dihadiri orang kafir.

read more…

Ramainya bercerai?

2009 Mac 3
oleh azizulsalehudin

Tika membelek-belek akhbar online Utusan Malaysia, saya terjumpa sebuah berita yang tidaklah begitu menarik tapi agak signifikan, lantas memutuskan untuk menulis serba sedikit mengenainya. Menulis untuk renungan kendiri, untuk masa depan barangkali.

 

Senator Datuk Mashitah Ibrahim melaporkan di Dewan Rakyat, sebanyak 75 299 kes cerai berlaku di Malaysia pada tahun 2007/08. 

 

Ditambah pula dengan berita pemain badminton negara, Roslin Hasyim yang bercerai selepas 12 hari berkahwin. (Sumber: Pembentangan akhbar Fakhrul Redha dalam usrah minggu lepas)

cerai

sekadar gambar hiasan

Sangat idealis, seorang ‘Mamat’ yang belum melangkahi alam rumahtangga, dengan penuh kejahilan tentang alam itu memperkata isu cerai. “Macam lah pernah rasa perasaan orang yang dah berkahwin”, sindir si hati kecil. Mungkin ‘point of view’ si idealis ini perlu untuk menggerakkan pelayar-pelayar bahtera perkahwinan yang sedang enak dibuai mabuk lautan perkahwinan. Mungkin juga tulisan ini untuk renungan peribadi, kalau-kalau suatu hari diri ini telah melangkah alam itu, perlukan suntikan idealis. Post ini dapatlah ditelaah semula.

read more…

TPMG 2009

2009 Mac 1
oleh azizulsalehudin

Matang?

2009 Februari 17
oleh azizulsalehudin

Soal matang selalu dibangkitkan bila mana isu kahwin menjadi pokok perincangan. Kahwin sering dikaitkan dengan kematangan terutamanya bagi lelaki. Tapi, si lelaki-lelaki yang nak kahwin itu pun tak berapa reti maksud sebenar matang. Kadang-kadang mungkin ’si lelaki’ itu dah matang tapi disebabkan dia tak tahu apakah itu matang, lalu dirasakan dia belum matang.

 

Adakah matang itu maksudnya menunjukkan ekspresi muka serius sepanjang masa? Atau sentiasa berbaju kemeja dan seluar slack? Atau tidak huhahuha? Atau pun matang tu bila dah kerja, dah ada duit sendiri? Ada juga orang kata, lelaki hanya matang bila mencecah umur 40. Betul ke? 

read more…